Wednesday, March 23, 2011

Coshare (murabah al-tawaruq)


Coshare merupakan syarikat yang telah diamanahkan JANM (Jabatan
Akauntan Negara Malaysia) untuk membuat potongan gaji kepada Kakitangan Kerajaan. Hanya 3 kod telah diamanahkan oleh JANM iaitu :-

  1. Biro angkasa
  2. Bank Simpanan Nasional
  3. Coshare Holdings berhad


DANA DIBIAYAI KUWAIT FINANCE HOUSE

  • PAYOUT 100% - TUNAI BERSIH 100%
  • KADAR KEUNTUNGAN TETAP 4.99%
  • TIADA YURAN
  • MAKSIMA RM200,000 SEHINGGA 20 TAHUN
  • KELAYAKAN SEHINGGA 60% DARIPADA GAJI
  • TERBUKA KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN / NEGERI DAN BADAN BERKANUN TERPILIH SELURUH MALAYSIA
  • PEMBIAYAAN DILINDUNGI INSURANS DAN BERLANDASKAN PRINSIP SYARIAH
  • PROSES DALAM 14 HARI BEKERJA

Syarat syarat kelayakan

  • Kakitangan Kerajaan Persekutuan / Negeri & Badan Berkanun terpilih sahaja (termasuk Sabah & Sarawak)
  • Berusia dari 18 tahun hingga ke 55 tahun
  • Berjawatan Tetap serta berkhidmat selama 3 bulan
  • Layak menggunkan sistem pemotongan gaji (BIRO ANGKASA)

Dokumen ringkas

  • Borang permohonan
  • 3 Salinan mykad yang disahkan pegawai yang sah
  • Surat pengesahan jawatan dan surat opsyen bersara sekiranya berumur 35 tahun keatas
  • 1 Penyata gaji asal terkini
  • 3 Salinan penyata gaji untuk X 3 bulan sebelumnya yang disahkan oleh pegawai yang sah
  • 1 Salinan buku bank
  • 1 Salinan bil letrik/air/astro
  • 1 Penyata penjelasan awal (jika overlap)

Hubungi saya untuk menyemak kelayakan anda. emel slip gaji anda seperti yang berikut :

ejenloan@yahoo.com


Sunday, March 13, 2011

Faedah Menabung

Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.

1.Meningkatkan Pendapatan

Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.

2.Meningkatkan Kualiti Hidup

Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:

a.Membiayai Pendidikan

Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.

b.Membeli Rumah

Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.

c.Tanggungjawab Berumahtangga

Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.

d.Membeli Barang Keperluan

Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.

e.Keselesaan Hidup dalam Persaraan

Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.

f.Menyediakan Payung

Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.

g.Berdikari dari Segi Kewangan

Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.

Menabung melalui Amalan Berhemat

Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.

Friday, March 11, 2011

PINJAMAN PREMIS PERNIAGAAN YANG FLEKSIBEL DAN MENJIMATKAN

KUASAI KEWANGAN ANDA

BizFlexi ialah pinjaman premis perniagaan yang menawarkan fleksibiliti dalam pembayaran balik serta penjimatan bayaran faedah
Pinjaman ini mengambil dana daripada akaun semasa anda bagi mengurangkan jumlah prinsipal dan faedah yang harus anda bayar.Buku cek turut di sediakan supaya anda boleh mengeluarkan dana yang berlebihan sekiranya perlu.

A.Tempoh pinjaman
- Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah sehingga 20 tahun.

B. Margin pembiayaan
-margin pembiayaan maksimum ialah sehingga 85%+5%(GBLI/GMTA/Perundangan /Penilaian)

C. Jumlah Pinjaman Minimum
-Jumlah pinjaman minimun di kehendaki ialah rm150,000.

D. Kelayakan Pinjaman
- BizFlexi di tawarkan kepada semua pelanggan perniagaan sama ada milikan tunggal,perkongsian,NGO,NPO,syarikat senderian berhad atau syarikat pegangan pelaburan.

E. kelayakan Hartanah
- Hartanah komersial samada kedai atau pejabat,hartanah industri seperti kilang,hartanah kediaman samada rumah,kondominium,pangsapuri atau tanah dengan pakej pembinaan yang di beli daripada pihak pemaju.

utk keterangan lanjut layari ejenloan.blogspot.com atau email ke ejenloan@yahoo.com/ hubungi.EN AZMIR: 012-7752839.TQ

Sunday, March 6, 2011

PROSES PEMBELIAN RUMAH

Salam kepada para pengunjung yang di hormati .pada sesi kali ini saya akan menerangkan bagaimana proses pengurusan pinjaman perumahan yang di jalankan oleh pihak kami sepanjang 4 tahun di dalam bidang perundingan/pengurusan yang berkaitan dengan perbankan serta hartanah.
berikut adalah proses bagaimana urusan di jalankan daripada awal sehingga ke peringkat penyerahan anak kunci rumah.

1. Step 1 - TEMUDUGA
* Jenis perkerjaan pemohon.
* Pendapatan bulanan pemohon dan isteri (jika berkerja)
* Jenis hutang pinjaman di bank lain jika ada. contoh: kereta/kad kredit/sebagainya.

2. Step 2- PENYERAHAN DOKUMEN PERKERJAAN PEMOHON
* Pemohon hendaklah menyerahkan dokumen perkerjaan sekarang.
* Bertujuan untuk mendapatkan guide line berapa loan yg boleh pemohon dapat.
* Masa yg di ambil 2-3 minggu.

3. Step 3- LOKASI PEMBELIAN RUMAH
* Pemohon akan di bawa melihat rumah di lokasi yg dipilih pemohon.
* Melihat di kawasan dalam/luar rumah.
* masa yg di ambil 2-3 hari

4. Step 4- TANDATANGAN MEMORANDUM
* Setelah pembeli bersetuju,pihak kami akan menyediakan surat perjanjian.
* Surat persetujuan ini ialah di antara pembeli dan syarikat yg menguruskan.
* masa yg diambil 1-2 hari.

5. Step 5- BANK/SURAT TAWARAN
* Kelulusan daripada pihak bank.
* Sekiranya lulus pihak bank akan menyediakan surat tawaran pinjaman.
* masa yg diambil 1- 2 minggu

6. Step 6- SPA/LD AGGREMENT
* SPA-surat perjanjian jualbeli antara penjual dan pembeli.
* LD- surat perjanjian antara pembeli dan bank.
* masa yg di ambil antara 2-3 bulan.

7. Step 7- PENGELUARAN KWSP
* Pengeluaran adalah untuk deposit rumah.
* Masa yg diambil termasuk dgn step 6 diatas.

8. Step 8- PENYERAHAN KUNCI RUMAH
* merupakan proses terakhir di akhir urusan.

9. RUJUKAN: Master title- belum pecah geran = 4 + 2 bulan.
: Geran - Penjual (hutang bank) proses=3 + 1 bulan
: Geran - Penjual (Hutang angkasa-perbendaharaan kerja kerajaan= proses lama.
: Kos rendah- proses = 8-9 bulan.

Seperti yg anda lihat tadi, begitulah proses pengurusan jualbeli rumah dijalankan.Pihak kami menguruskan perkhidmatan ini meliput semua negeri..bagi pengurusan bank..pihak kami akan tarik aggrement di bank yg terdekat dengan tempat tinggal anda.Pada sesi akan datang saya akan menerangkan perbezaan pembelian rumah baru dengan rumah 2nd..sekiranya pihak anda memerlukan perkhidmatan kami di dalam urusan jualbeli rumah boleh hubungi talian berikut:

EN .AZMIR H/P 012-7752839
Atau email ke alamat berikut:
ejenloan@yahoo.com

PROSES /PROSEDUR JUALBELI TANAH

Terima borang permohonan (Borang C), salinan dokumen sokongan dan bayaran proses sebanyak RM10.00.

  1. Semak dokumen agar lengkap diisi.
  2. Keluarkan resit bayaran proses.
  3. Buka fail.
  4. Hantar surat kepada pemohon menyatakan permohonan sedang diproses.
  5. Hantar surat kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk dapatkan laporan nilaian harga semasa tanah Baitulmal beserta salinan geran tanah dan pelan tanah.
  6. Hantar surat ke Pejabat Tanah Daerah berkaitan untuk dapatkan bantuan Pegawai Penempatan bagi menunjukkan lokasi sebenar tanah terlibat untuk menentukan kegunaannya.
  7. Turun ke lokasi bersama Pegawai Penempatan untuk siasatan dilokasi.
  8. Terima laporan penilaian dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
  9. Membayar kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yuran perkhidmatan penyediaan laporan nilaian tanah Baitulmal.
  10. Hantar surat kepada pemohon minta dijelaskan bayaran yuran penyediaan laporan nilaian tanah kepada MAINPP.
  11. Sediakan kertas kerja untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah MAINPP.
  12. Bentangkan kertas kerja dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah MAINPP untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan.
  13. Sediakan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat MAINPP.
  14. Bentangkan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah didalam Mesyuarat MAINPP untuk mendapatkan pengesahan kelulusan.
  15. Keluarkan surat tawaran/makluman (jika pemohonan gagal) kepada pemohon. Bagi kes tawaran dikeluarkan, tempoh tawaran adalah selama 1 bulan berkuatkuasa dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
  16. Jika bersetuju untuk terima tawaran, pemohon perlu melantik peguam untuk sediakan perjanjian jual beli.
  17. Deraf perjanjian jualbeli perlu dipersetujui oleh MAINPP terlebih dahulu.
  18. MAINPP menerima bayaran harga jualbeli yang ditawarkan daripada pemohon serta mengeluarkan resit.
  19. Perjanjian jualbeli, Borang 14A KTN Pindah Hakmilik Tanah dan Borang PDS 15 (Pengecualian Cukai Setem) perlu di kemukakan oleh pemohon kepada MAINPP.
  20. Dapatkan tandatangan YDP, Setiausaha dan seorang Ahli MAINPP.
  21. Lekatkan cop mohor MAINPP.
  22. Sediakan satu salinan untuk simpanan fail.
  23. Serahkan Perjanjian Jualbeli, Borang 14A Pindah Hakmilik Tanah dan Borang PDS 15 yang telah di lengkapkan dan ditandatangani kepada pemohon untuk tindakan pendaftaran pindah hakmilik tanah oleh pemohon sendiri.
  24. Fail ditutup.

Friday, March 4, 2011

Penggunaan Kad Kredit Yang Baik

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.

Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.


Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
· Ingat, kad kredit bukan wang percuma
· Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
· Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
· Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
· Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
· Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!


Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.

Perlukah Anda Memiliki Kad Kredit?

KAD kredit seakan menjadi ukuran kejayaan individu. Semakin banyak kad kredit yang dikumpul semakin tinggi pandangan rakan terhadap anda lebih-lebih lagi jika kad anda berwarna platinum! Semuanya kerana mereka beranggapan anda mempunyai kewangan yang stabil dan tidak mempunyai masalah memohon kad kredit dari mana-mana institusi kewangan.

Tapi benarkah begitu? Atau ia hanya membantu anda menambah hutang? Pernahkah anda memikirkan sebab sebenar anda memiliki kad kredit? Adakah kerana ianya suatu kemudahan? Suatu alat untuk kelihatan “cool”? Atau hanya kerana ingin mendapatkan barangan yang diberi percuma jika permohonan anda berjaya? Penulis mempunyai kenalan yang memohon kad kredit untuk mendapatkan barangan percuma!

Keputusan untuk memiliki kad kredit ataupun tidak sebenarnya bergantung kepada tujuan penggunaan dan bagaimana anda mengawalnya. Di bawah ini digariskan beberapa kebaikan dan keburukan mempunyai kad kredit. Diharap anda dapat menilai kedua-duanya sebelum mengisi borang permohonan kad kredit!


Kebaikan mempunyai kad kredit

* Membeli barangan dengan mudah
Anda kekurangan wang tunai di tangan? Jangan bimbang, kad kredit boleh membantu anda membeli barangan yang diingini tanpa perlu bersusah payah berbaris di bank untuk mengeluarkan wang di samping menjimatkan masa anda yang berharga.

* Berhutang tanpa faedah
Kad kredit membenarkan anda berhutang tanpa perlu membayar faedah. Kebanyakan institusi menawarkan kemudahan ini dari 25 hari ke sebulan untuk anda melangsaikan hutang sebelum faedah dikenakan.

* Mendapat keselamatan tambahan
Kad kredit juga menawarkan keselamatan tambahan seperti melindungi anda dengan insurans perjalanan jika anda membeli tiket kapal terbang menggunakan kad kredit berkenaan. Ia juga melindungi anda daripada kerugian harta benda jika barangan yang anda beli menggunakan kad kredit mengalami kerosakan atau kehilangan.

Keburukan mempunyai kad kredit

* Berbelanja sewenangnya
Kadangkala mempunyai kad kredit menggalakkan anda berbelanja kerana anda hanya perlu menurunkan tanda tangan untuk memperoleh sesuatu barangan! Selalunya menurunkan tanda tangan setiap kali membeli barangan akan menjadi amalan biasa dan tanpa sedar, anda berjaya mengumpul sejumlah hutang dan seterusnya terpikul dengan tanggungjawab membayarnya. Anda hanya akan menyedari perangkap ini bila anda bergantung kepada setiap sen yang ada untuk membayar bil bulanan atau anda terpaksa berjimat untuk membeli barangan yang diingini.

* Terperangkap dalam faedah
Anda juga mungkin terperangkap dalam pembayaran faedah yang sememangnya tinggi! Sesetengah syarikat kad kredit mengenakan faedah sebanyak lima belas peratus, malah ada yang tinggi daripada itu. Jika anda terus menerus mempunyai lebihan hutang kredit setiap bulan, akhirnya anda akan membayar hutang berkenaan lebih lama daripada sepatutnya, hanya disebabkan pembayaran faedah!

* Pemalsuan kad kredit
Setiap kali anda melakukan pembelian dengan kad kredit, setiap kali itu juga anda meletakkan diri anda dalam risiko terhadap gejala ini. Ini berlaku kerana tanpa disedari anda memberi maklumat sulit setiap kali kad kredit anda dibaca oleh mesin pemprosesan. Jika maklumat berkenaan jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, maka ianya boleh digunakan untuk membuat pembelian tanpa kebenaran. Akibatnya, anda terpaksa menanggung hutang pembelian yang anda tidak lakukan.

Kes seperti ini banyak kedengaran apatah lagi dengan pembelian kredit melalui internet. Tetapi, harus diingat! Insiden-insiden ini tidak seharusnya menghalang penggunaan kad kredit, baik secara konvensional mahupun “on-line”. Cuma, anda dinasihatkan berhati-hati setiap kali menggunakannya.

Rumusannya, keputusan untuk menjadi pemegang kad kredit ataupun tidak, bergantung kepada bagaimana anda menggunakan kemudahan kad kredit secara positif. Adalah lebih baik jika anda mampu mengelakkan diri daripada berhutang atau menetapkan kadar maksimum hutang yang anda mampu bayar. Bagi mereka yang berkeyakinan mempunyai disiplin mengawal diri dan mengelakkan diri daripada belenggu hutang, maka kad kredit adalah suatu pilihan yang menarik. Jadi pastikan anda mempunyai disiplin yang kuat mengawal perbelanjaan anda!